JJCM: Melaka Bandaraya Bersejarah (Tempat Best Makan)

021011 1452

Assalamualaikum dan selamat malam.

Alhamdulillah, saya dan Adi berkesempatan bercuti di Melaka (26-29/9) dan sekarang Adi kembali berkerjaya dan saya selamat pulang ke Kuching. Sebenarnya percutian dengan Adi tak pernah mengecewakan, Adi sangat rajin dan senang di bawak berjalan-jalan dan makan-makan. Hehe. Let’s straight to the point. Ini review saya dan Adi tempat-tempat makan menarik dan best di Melaka.

1) BF – Nasi Lemak sebelah penjara, Bandar Hilir

Makcik ni Kak Enah ke?

Sebenarnya kami cari nasi lemak Kak Enah sebelah penjara yang orang cakap sedap. Tapi actually ada dua gerai, satu yang betul-betul tepi penjara, kami tengok tak ramai pun orang jadi kami tak jadi pegi. Yang kedua yang kami pegi yang ni, jauh sikit dari penjara.

Nasi lemak + teh o + teh tarik

Nasi lemak dia biasa je, just ada kangkung tambah.

Nasi lemak (2)

Teh o

Teh tarik

TOTAL = RM6.30

2) LUNCH – Majeedia Haj Braini, Ujong Pasir 

Majeedia Haj Braini

Hari seterusnya kami makan di Majeedia Haj Braini, pegi agak awal, dalam 12.00 lebih macam tu, tak ramai orang. Senang nak cari, Majeedia Haj Braini ni berseberang dengan Nam Huat Trading Co. Ujong Pasir.

Nasi Braini Ayam Tanam

Kami pilih braini ayam tanam (ayam kari). Kalau nak pilihan lain ada ayam merah, ayam goreng, kari daging kari, murtabak. Nasi dimasak elok, tapi xda rasa sangat, dan agak sedkitla. Ayam kari dia boleh tahan. Boleh dimakan. Saya mintak kuah kari tambah. Hihi.

Nasi braini ayam tanam (2)

Milo ais

Limau ais

TOTAL: RM 15.20

3) LUNCH – Restoran Tiga Lima, Jalan PM5, Plaza Mahkota

Restoran Tiga Lima

Kami pegi Restoran Tiga Lima ni waktu lunch break so ramai gak orang sampai kena tunggu meja. Adi mintak bukak meja dekat gerai sebelah, orang kedai tu tengok kami berdua sahaja, jadi dia bukak meja (tak lama tunggu).

Nasi putih, asam pedas ikan jenahak + ikan pari, ulam-ulaman + sambal belacan, kerabu mangga, ayam goreng (tiada dalam gambar)

Harga, bagi kami berpatutan. Tapi asam pedas dia saya rasa biasa-biasa, kalau hirup berasa jugak, mungkin ada ulam-ulaman & kerabu complete the dishes. Saya suka ikan jenahak (kat Sarawak kami panggil lain kot, tapi tak ingatla). Jus oren, kaw.

Nasi putih (2)

Asam pedas ikan jenahak

Asam pedas ikan pari

Ayam goreng

Kerabu asam

Ulam-ulaman

Jus oren

Teh o ais

TOTAL = RM28.00

4) LUNCH – Restoran Asam Pedas Selera Kampung, Jalan PM3, Plaza Mahkota

Nasi putih, asam pedas ikan tenggiri, udang galah masak lemak, ulam-ulaman, kerabut perut lembu

Restoran Asam Pedas Selera Kampung ni juga terletak kat area Plaza Mahkota sama dengan Restoran Tiga Lima, just lain jalan. Asam pedas dia boleh tahan la.

Nasi putih (2) = RM 3.00

Asam pedas ikan tenggiri = RM 6.00

Udang galah masak lemak = RM 25.00

Ulam-ulaman + sambal belacan = RM 2.50

Kerabu mangga perut = RM 3.00

Milo ais + teh o ais = RM 3.20

TOTAL = RM 42.80

I was like !@#$%, udang galah RM 25.00. Agak terkejut la sebab tak pernah makan udang galah kat kedai makan, selalu dapat free & fresh dari laut. Haha. Agak kurang berbaloi jugak la sebab rasa dia biasa-biasa ja. Mungkin kalau orang selalu makan mahal-mahal bagi dorang ok kot. Restoran ni, boleh pegi dan rasa. ;)

5) TT – Kedai Makan Haji Hassan, Tengkera

Kedai Makan Haji Hassan

Kedai makan Haji Hassan ni macam-macam direction kami dapat bila tanya orang-orang kat sana. Kali pertama pegi, failed, kali kedua berjaya jumpa. Actually saya tak sure nama tol kedai ni Kedai Makan Haji Hassan ke restoran ke ape, tak teringat lak nak tengok coz dah over excited dah jumpa. ;)

Kuey Tiow Sup

Kedai ni jual mee sup waktu petang & mee goreng waktu pagi (BF). Petang tu kami sempat cuba kuey tiow sup. Mula-mula order 1 ja, kunun-kunun kenyang lagi, alih-alih Adi order 1 lagi (nang belalak orag bujang tok). Kuey tiow dia memang terbaik la, kenyal, tak mudah putus. Simple je dalam satu mangkuk, kuey tiow, sayur, ayam, cili, sup, full of simplicity.

Kuey tiow sup (2)

Milo ais

Air suam

TOTAL = RM 8.00

Murah kan? Tapi kami tak sempat rasa mee goreng dia. ;’(

Dewan MBMB Tengkera

Nak cari kedai ni mudah ja, betul-betul sebelah Dewan MBMB Tengkera. Seberang dia ada kedai 24 jam tapi tak ingat ape, yang pasti bukan seven eleven. Hehe.

6) TT – Air Kelapa & Coconut Shake Alai, Kampung Alai

Air Kelapa & Coconut Shake Alai

Kedai ni senang je nak cari, sebenarnya kami nak cuba coconut shake klebang, tapi kawan Adi cakap coconut shake kat situ dah kurang oo la la sebab dah ramai sangat orang, jadi diaorang buat main tibia je coz nak cepat. Wallahu a’lam kami tak tahu la jugak, tak sempat nak try, sebab dah malas nak cari.

Coconut Shake Alai

Ni coconut shake special, ada 1 scoop icecream kat atas. Rasa = SUPER OO LA LA!!. memang terbaikla, servis cepat, tengah-tengah panas memang hilang terus dahaga, lahi-lagi ada icecream. Miahahahahaha, sedapppppp. On da way pegi airport last day, saya dan Adi tapau lagi. Sangat rugi kalau pegi ke Melaka tapi tak cuba coconut shake. TERBAIK! Jelin-jeling makcik ngan abang-abang kat sini buat coconut shake, curik resipi rahsia! Nant nak cuba sendiri. Hehe. (Tapi kena tunggu Adi janji nak hadiahkan mixer, haha)

HARGA SEMASA:

Air kelapa minum = RM 1.50

Air tebu pati = RM 2.50

Air tebu minum = RM1.50

Coconut shake = RM2.00

Coconut shake special = RM 2.20

Ada beberapa tempat yang saya dan Adi tak sempat pegi, agak frust jugakla, tapi takpa, da rezeki kami pegi lagi. Kalau perasan, kami tak da pegi pun mana-mana ikan bakar kan? Ntah, tak tau kali ni saya dan Adi macam tak berkenan nak makan ikan, pike balik tempat lain pun ada ikan bakar kan. Ikan bakar bapak saya pun lagi sedap! Hehehehe. Ni antara tempat yang dalam list kami tapi tak sempat pegi.

  1. Cendol jam besar (dekat jam besar, lebih spesifik kat waterfront, kan ada sungai kat situ, bawah pokok-pokok gitu)
  2. Cendol & mee asam laksa Jonker Street (kedai dia kat corner betul-betul sebelum Taman Warisan, bukan yang sebelah dia, tu tak halal, ada shampur vavi, Adi tanya sendiri)
  3. Bakso bola pingpong (depan Hospital Melaka)

Kami juga tak pegi jalan-jalan sangat, coz ni kali ketiga saya pegi Melaka, most tempat dah pegi. Antara tempat yang kami pegi, Istana Kesultanan Melaka dan kawasan sekitar, Jonker Street, Zoo Melaka Pulau Besar.

Teringin nak ada rumah ala-ala tradisional gitu, suka-suka!

Sekitar Istana Kesultanan Melaka

Fee masuk: RM 2.00 seorang. Motif: Berangan

Cantik kan kalau ada rumah macam ni?

Jalan-jalan sekitar Bandar Hilir

Tiga kali pegi Melaka, tak sah ambik gambar kat sini

Zoo Melaka! Sumpah seronok! Fee masuk: RM 7.00 dewasa. Parking: RM 2.00 sebuah kereta

Haiwan-haiwan yang sangat comel, menggoda dan menyakitkan hati

Sekitar Jeti Anjung Batu, Umbai

Rate di Jeti Anjung Batu nak ke Pulau Besar

Actually kami tak sampai pun Pulau Besar, sebab pegi dah lewat, ingat nak ambik feri kol 5 balik kol 7, macam tak berbaloi pulak kejap sangat. Rugi parking RM 5.00. Lagipun kami pegi weekday, orang pun tak ramai, cam tak best la jugak kan. Tapi, kitorang sempat tanya akak kat kaunter tu as if la kitaorang nak camping kat sana, feedbacak, macam best, selamat, kemah boleh sewa. InsyaAllah, da rezeki nak camping kat sana. Yippie!

Ps: Request kat Adi nak pergi bercuti lagi. Adi cakap, kumpul duit! Zipppp!!

radie

About Radie & Adi

Penulis, Radie gadis dari Sarawak & Adi jejaka dari Semenanjung. Minat dalam aktiviti sukan lasak, aktiviti makan-makan, bergusti sesama sendiri, menerokai serta menjelajah ke tempa baru penuh semula jadi yang belum dijamah pembangunan serta melihat dan cuba menilai segenap sudut budaya di serata negeri mengikut pandangan peribadi serta perspektif kami sendiri. Melalui penulisan yang dapat adi n radi nukil kan diharap dapat memberi sedikit informasi dan maklumat berguna tentang tempat tempat makan menarik di malaysia ataupun kepada yang sukakan ketenangan dan aktiviti yang dapat lari sejenak dari hiruk pikuk kota,kami juga ada menyediakan pandangan dan pengalaman kami setelah kami telah melalui semua pengalaman dan keterujaan berikut.. berharap dengan

Posted on Sunday, October 2, 2011, in JJCM. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. meleleh air liur tengok asam pedas melaka

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: