2012 – It’s a New Beginning

281012 1446

Assalamualaikum dan selamat petang.

It’s been awhile since saya tak menulis.

Abandoned.

to those who willing to listen to my heart,

so there’s this guy, i’d call him my boyfriend, but to be honest i don’t even know where we stand at this point. we got into some stupid argument few days ago, and that’s when things jus went downhill. the last time i spoke to him was last sunday. i tried calling him but he rejected my call. all i wanted was to talk to him, see where we stood, or maybe even try to work things out with him…it hurt me soo much because i felt as if everything was all my fault. i know its wrong to blame myself for all of this, but i honestly dont know what else to do. all i ever seem to do now is just cry, sometimes i even cry myself to sleep. i don’t even want to go out anymore, i feeel so depressed. i just wish he would call, and clear this up.  i wish he was here, i wish we were alright. at this point, i don’t even know whether i should LET GO or JUST KEEP HOLDING ON? every single day, i’m ALWAYS hoping that he’d call and tell me he still loves me, but as each day proceeds i’m gettin weaker and weaker inside. i’m losing my faith. i’m losing hope. i just don’t know how he could let go so easily, after all the things he said, i just dont know anymore. all i want is for him to tell me if it’s over, and make things a little easier on me, but he wont even talk to me. i feel like he just abandoned me. craps. im tired. ;'(

Adventure: Broga Hill, Semenyih

Assalamualaikum dan selamat malam.

Malam ni saya nak flashback salah satu aktiviti yanag saya pernah buat dengan rakan-rakan sepengajian. (peh, skema ayat haha). Actually dah lama dah kisah ni tapi almaklumlah dulu-dulu malas menulis. Ok, lets start. Agaknya Broga Hill ni dah makin glemer sekarang. Masa first time saya pegi takdela glemer sangat, pegi dengan kakak, kawan-kawan kakak and yang tak ketinggalan, haruslah ada encik Adi. Untuk yang bercinta di luar sana, kalau rasa dah bosan dating buat benda yang tipikak, apa kata ajak gf/bf dating atas bukit. Sambil sihatkan badan sambil spend a good quality time. Trust me, sangat worth it and extraordinary.

Ok, sambung cerita. Kami pegi hiking Broga Hill ni pada 29/10/2010, atas cadangan saya sendiri dan Botak yang pernah pegi. Sebenarnya kami ajak semua rakan-rakan satu kos tapi memandangkan ramai yang ada komitmen lain (aka memang tak sporting pun). Kami semua seramai 22 orang berkumpul di kedai mamak Sahara Inn (siapa dok Tanjung Malim memang kenall sangat mamak ni). Plan bertolak jam 2.30 pagi, jadi terpulang kepada masing-masing nak datang awal kalau nk sarapan ke ape. Seperti biasa janji Melayu 2.30 bertolak, alih-alih kol 3.00 baru gerak. Tapi xpe, kami still sampai on time coz memang semua peracangan diawalkan 30 minit ke 1 jam lebih awal dari masa sebenar. Janji Melayu kan. Haha. Berangat menggunakan 3 buah kenderaan:

Kancil : ain sidi (owner), ili, ana, yati n zati
Viva : ain (owner), lina, naza, liza
Estima : k.husna (owner), muiz (adik k.husna), arix, daus, peah, ziha, nadiey, zila
Iswara : zahid (owner), botak, fara@radie, aishah, waniey

Sampai lebih kurang jam 5.30 pagi, dengan harapan sampai puncak kami dapat tengok sunrise. Tak sampai 5 minit keluar kereta…pap pap pap pap shuhhhhhh. Hujan pulak daa….agak-agak memang dah spoil mood dah time tu. Masing-masing dalam hati semua nak masuk kereta balik, tiba-tiba leader kami, Botak bagi arahan siap sedia. Pehhhh, Botak ni kalau dah bercakap takda siapa pun berani nak lawan. Bukan maksud kami tak berani, lebih kepada hormat sebenarnya. Hehe. Nak tak nak, kami teruskan dalam kegelapan, saya pulak tak bawak torch light. Dahla hujan lebat, gelap gelita, dah hujan haruslah tanah becak..mak aihhhh.

Botak sebagai leader kat hadapan, Zahid kat belakang sebagai sweaper. Saya antara yang di belakang dengan Zahid. Password kami ayam batu. So lepas ni andai kata sapa da tanya password, lain dijawabnya, alamatnya tu bukan kawan kami…makkkkkkkk. Mintak jauh. Amin. Rasa-rasanya dalam 5-10 minit pendakian, Ili nak pitam!. Aduh!. Tuhan je tahu perasaan kitorang time tu nak giveup. Alhamdulillah lepas stop kejap, urut-urut ape sume kami teruskan pandakian. And guess what, Alhamdulillah! Kami berjaya sampai puncak Broga Hill. Yeayyyy!!!!!!!!! Tapi yang tak bestnya kami sampai tak nampak pun sunrise sebab lepas hujan, sampi puncak pun hujan rintis-rintis..Tapi takpe, kami tetap puas hati dan bersyukur sampai puncak. Lepak-lepak, hilangkan penat, ambik nafas segar, tinggalkan sekejap segala masalah..Alhamdulillah, syukur pada Sang Khaliq. Sebelum terlupa, enjoy gambar dulu. Hihi.

Jam 3.00 pagi, kami bersedia untuk memulakan perjalanan

Antara snapshot kami. Otw balik semua masing-masing kelaparan, punya banyak tempat kami pusing end up makan kat restoren entah tak ingat nama kat area Semenyih jugaklah. Kenyang perut kami bertolak balik, Alhamdulillah sebelum solat Jumaat kami tiba di Tanjong Malim. Sekian saja untuk kali ini. Selamat malam!

ps: gambar not in order & xda caption, nanti update lagi nak tegokn maharaja lawak lu. hehe.

 

 

Don’t You Remember…

311011 – 0550

When will I see you again? You left with no goodbye, not a single word was said.. No final kiss to seal any sins..I had no idea of the state we were in..I know I have a fickle heart and bitterness, And a wandering eye, and a heaviness in my head..

But don’t you remember?..The reason you loved me before.. Baby, please remember me once more…

When was the last time you thought of me? Or have you completely erased me from your memory? I often think about where I went wrong, The more I do, the less I know..

Gave you the space so you could breathe, I kept my distance so you would be free, And hope that you find the missing piece, To bring you back to me……………………………

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Please..remember me once more….

Rapuh..

291011 – 2239

Hari-hari yang terakhir dilalui dengan sangat berat…entah sampai bila harus begini..kita hampir jatuh..perlahan kita merangkak satu-persatu untuk bangun..tapi belum sempat saya bangun…saya terjatuh lagi…terjatuh hingga saya rasakan saya tak mampu tuk berdiri lagi..pelbagai rintangan, dugaan yang kita hadapi sebelum ni, ingatkan lepas apa yang terjadi..saya jadi lebih kuat, lebih tabah..tapi yang sebaliknya terjadi..

Hati rasa pedih sangat…..kenapa kepercayaan ni harus dimusnahkan macam tu je..saya percaya awak selama ni..saya tau awak banyak tipu saya, tipu untuk kebaikan saya, tipu untuk kebahagiaan saya, tapi saya tak sangka awak sanggup tipu hal yang sangat besar…selama ni saya HORMAT awak, saya KAGUM dengan awal, saya PERCAYA awak, saya PANDANG TINGGI awak..tapi kenapa ni semua terjadi..saya tak percaya awak buat semua ni belakang saya..saya betul-betul hormat awak..dan saya hampir tak percaya awak tipu saya macam ni sekali..seolah-olah awak bukan orang yang saya kenal…saya langsung tak kenal awak sebab saya tau Toruk saya tak akan buat saya macam ni. tapi…..semua kepercayaan saya dah hancur berkecai…berkecai seperti hati saya….

Awak..awak tau tak betapa hati saya sakit…sakit sampai dah tak ada air mata tuk mengalir..sakit sampai saya dah tak dapat nak rasa perasaan saya sekarang..sakit sampai saya hampir tuk berputus asa..banyak kali saya dah diperlakukan begini..tapi saya tak sangka..awak pun memperlakukan saya macam ni jugak..

Macam-macam yang saya fikir..semakin banyak saya fikir..semakin saya rasa jauh hati..sepatutnya dari dulu saya patut sedar saya tak layak untuk awak..dan takkan mungkin…dan takkan pernah layak untuk awak..

Sebelum ni saya kongsi segala-galanya untuk dengan awak..tapi awak masih bersikap berselindung dengan saya..awak..saya tau awak takkan baca blog saya..awak tak ingat tajuk..awak tak ingat link..awak tak id..password..berkali-kali saya bagitau, tapi pernah ke awak ambik peduli tentang semua yang saya usahakan..pernah ke awak hargai…mungkin sebelum ni awak anggap semua ni remeh, tapi awak lupa..benda remeh2 ni yang penting tuk saya..

Tapi tak apa..walaupun kita dah tak berhubungan..saya tau, tetap ada orang jaga awak kat sana..saya tak pelu risau semua tu kan..awak leh jaga diri..saya tau awak kuat..maafkan saya..izinkan saya menulis tentang awak andai saya rindu kat awak..walaupun awak takkan baca pun tulisan ni, tapi saya tau, awak tetap izinkan..

 

Dari dulu sampai sekarang..saya tetap doakan bahagia milik awak..

 

Spider – Kita Satu

261011 – 0147

Seringku bertanyakan

Dimanakah hatimu sayang
Kian lama ku simpan
Bersarang cinta dalam diam

Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan
c/o

Kita telah ditakdir bersama
Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku

Pegang tanganku seeratnya
Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama

Sampai bila harus ku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan .. oh ..

Satu….. wooooo..
Kita telah ditakdir bersama
Kerana engkau adalah milikku
Kerana engkau adalah milikku

…………………………………………………………………………………………………………..

Seringkali kita jatuh..dan jatuh lagi, sampai satu tahap kita tak mampu untuk bangun lagi… Bukan bermaksud mengalah, bukan bermaksud putus asa untuk berjuang lagi sekali. Tapi kali ini..biarlah kebenaran menjadi sang juara. Hati tak mampu untuk menanggung lagi..Mungkin bahagia bukan milik kita kali ini, biarlah, tetap ada gadis lain yang tersenyum gembira..Alhamdulillah… Saya relakan, saya redakan, dan saya sentiasa doakan yang terbaik untuk semua..InsyaAllah...

JJCM: Melaka Bandaraya Bersejarah (Tempat Best Makan)

021011 1452

Assalamualaikum dan selamat malam.

Alhamdulillah, saya dan Adi berkesempatan bercuti di Melaka (26-29/9) dan sekarang Adi kembali berkerjaya dan saya selamat pulang ke Kuching. Sebenarnya percutian dengan Adi tak pernah mengecewakan, Adi sangat rajin dan senang di bawak berjalan-jalan dan makan-makan. Hehe. Let’s straight to the point. Ini review saya dan Adi tempat-tempat makan menarik dan best di Melaka.

1) BF – Nasi Lemak sebelah penjara, Bandar Hilir

Makcik ni Kak Enah ke?

Sebenarnya kami cari nasi lemak Kak Enah sebelah penjara yang orang cakap sedap. Tapi actually ada dua gerai, satu yang betul-betul tepi penjara, kami tengok tak ramai pun orang jadi kami tak jadi pegi. Yang kedua yang kami pegi yang ni, jauh sikit dari penjara.

Nasi lemak + teh o + teh tarik

Nasi lemak dia biasa je, just ada kangkung tambah.

Nasi lemak (2)

Teh o

Teh tarik

TOTAL = RM6.30

2) LUNCH – Majeedia Haj Braini, Ujong Pasir 

Majeedia Haj Braini

Hari seterusnya kami makan di Majeedia Haj Braini, pegi agak awal, dalam 12.00 lebih macam tu, tak ramai orang. Senang nak cari, Majeedia Haj Braini ni berseberang dengan Nam Huat Trading Co. Ujong Pasir.

Nasi Braini Ayam Tanam

Kami pilih braini ayam tanam (ayam kari). Kalau nak pilihan lain ada ayam merah, ayam goreng, kari daging kari, murtabak. Nasi dimasak elok, tapi xda rasa sangat, dan agak sedkitla. Ayam kari dia boleh tahan. Boleh dimakan. Saya mintak kuah kari tambah. Hihi.

Nasi braini ayam tanam (2)

Milo ais

Limau ais

TOTAL: RM 15.20

3) LUNCH – Restoran Tiga Lima, Jalan PM5, Plaza Mahkota

Restoran Tiga Lima

Kami pegi Restoran Tiga Lima ni waktu lunch break so ramai gak orang sampai kena tunggu meja. Adi mintak bukak meja dekat gerai sebelah, orang kedai tu tengok kami berdua sahaja, jadi dia bukak meja (tak lama tunggu).

Nasi putih, asam pedas ikan jenahak + ikan pari, ulam-ulaman + sambal belacan, kerabu mangga, ayam goreng (tiada dalam gambar)

Harga, bagi kami berpatutan. Tapi asam pedas dia saya rasa biasa-biasa, kalau hirup berasa jugak, mungkin ada ulam-ulaman & kerabu complete the dishes. Saya suka ikan jenahak (kat Sarawak kami panggil lain kot, tapi tak ingatla). Jus oren, kaw.

Nasi putih (2)

Asam pedas ikan jenahak

Asam pedas ikan pari

Ayam goreng

Kerabu asam

Ulam-ulaman

Jus oren

Teh o ais

TOTAL = RM28.00

4) LUNCH – Restoran Asam Pedas Selera Kampung, Jalan PM3, Plaza Mahkota

Nasi putih, asam pedas ikan tenggiri, udang galah masak lemak, ulam-ulaman, kerabut perut lembu

Restoran Asam Pedas Selera Kampung ni juga terletak kat area Plaza Mahkota sama dengan Restoran Tiga Lima, just lain jalan. Asam pedas dia boleh tahan la.

Nasi putih (2) = RM 3.00

Asam pedas ikan tenggiri = RM 6.00

Udang galah masak lemak = RM 25.00

Ulam-ulaman + sambal belacan = RM 2.50

Kerabu mangga perut = RM 3.00

Milo ais + teh o ais = RM 3.20

TOTAL = RM 42.80

I was like !@#$%, udang galah RM 25.00. Agak terkejut la sebab tak pernah makan udang galah kat kedai makan, selalu dapat free & fresh dari laut. Haha. Agak kurang berbaloi jugak la sebab rasa dia biasa-biasa ja. Mungkin kalau orang selalu makan mahal-mahal bagi dorang ok kot. Restoran ni, boleh pegi dan rasa.😉

5) TT – Kedai Makan Haji Hassan, Tengkera

Kedai Makan Haji Hassan

Kedai makan Haji Hassan ni macam-macam direction kami dapat bila tanya orang-orang kat sana. Kali pertama pegi, failed, kali kedua berjaya jumpa. Actually saya tak sure nama tol kedai ni Kedai Makan Haji Hassan ke restoran ke ape, tak teringat lak nak tengok coz dah over excited dah jumpa.😉

Kuey Tiow Sup

Kedai ni jual mee sup waktu petang & mee goreng waktu pagi (BF). Petang tu kami sempat cuba kuey tiow sup. Mula-mula order 1 ja, kunun-kunun kenyang lagi, alih-alih Adi order 1 lagi (nang belalak orag bujang tok). Kuey tiow dia memang terbaik la, kenyal, tak mudah putus. Simple je dalam satu mangkuk, kuey tiow, sayur, ayam, cili, sup, full of simplicity.

Kuey tiow sup (2)

Milo ais

Air suam

TOTAL = RM 8.00

Murah kan? Tapi kami tak sempat rasa mee goreng dia. ;’(

Dewan MBMB Tengkera

Nak cari kedai ni mudah ja, betul-betul sebelah Dewan MBMB Tengkera. Seberang dia ada kedai 24 jam tapi tak ingat ape, yang pasti bukan seven eleven. Hehe.

6) TT – Air Kelapa & Coconut Shake Alai, Kampung Alai

Air Kelapa & Coconut Shake Alai

Kedai ni senang je nak cari, sebenarnya kami nak cuba coconut shake klebang, tapi kawan Adi cakap coconut shake kat situ dah kurang oo la la sebab dah ramai sangat orang, jadi diaorang buat main tibia je coz nak cepat. Wallahu a’lam kami tak tahu la jugak, tak sempat nak try, sebab dah malas nak cari.

Coconut Shake Alai

Ni coconut shake special, ada 1 scoop icecream kat atas. Rasa = SUPER OO LA LA!!. memang terbaikla, servis cepat, tengah-tengah panas memang hilang terus dahaga, lahi-lagi ada icecream. Miahahahahaha, sedapppppp. On da way pegi airport last day, saya dan Adi tapau lagi. Sangat rugi kalau pegi ke Melaka tapi tak cuba coconut shake. TERBAIK! Jelin-jeling makcik ngan abang-abang kat sini buat coconut shake, curik resipi rahsia! Nant nak cuba sendiri. Hehe. (Tapi kena tunggu Adi janji nak hadiahkan mixer, haha)

HARGA SEMASA:

Air kelapa minum = RM 1.50

Air tebu pati = RM 2.50

Air tebu minum = RM1.50

Coconut shake = RM2.00

Coconut shake special = RM 2.20

Ada beberapa tempat yang saya dan Adi tak sempat pegi, agak frust jugakla, tapi takpa, da rezeki kami pegi lagi. Kalau perasan, kami tak da pegi pun mana-mana ikan bakar kan? Ntah, tak tau kali ni saya dan Adi macam tak berkenan nak makan ikan, pike balik tempat lain pun ada ikan bakar kan. Ikan bakar bapak saya pun lagi sedap! Hehehehe. Ni antara tempat yang dalam list kami tapi tak sempat pegi.

  1. Cendol jam besar (dekat jam besar, lebih spesifik kat waterfront, kan ada sungai kat situ, bawah pokok-pokok gitu)
  2. Cendol & mee asam laksa Jonker Street (kedai dia kat corner betul-betul sebelum Taman Warisan, bukan yang sebelah dia, tu tak halal, ada shampur vavi, Adi tanya sendiri)
  3. Bakso bola pingpong (depan Hospital Melaka)

Kami juga tak pegi jalan-jalan sangat, coz ni kali ketiga saya pegi Melaka, most tempat dah pegi. Antara tempat yang kami pegi, Istana Kesultanan Melaka dan kawasan sekitar, Jonker Street, Zoo Melaka Pulau Besar.

Teringin nak ada rumah ala-ala tradisional gitu, suka-suka!

Sekitar Istana Kesultanan Melaka

Fee masuk: RM 2.00 seorang. Motif: Berangan

Cantik kan kalau ada rumah macam ni?

Jalan-jalan sekitar Bandar Hilir

Tiga kali pegi Melaka, tak sah ambik gambar kat sini

Zoo Melaka! Sumpah seronok! Fee masuk: RM 7.00 dewasa. Parking: RM 2.00 sebuah kereta

Haiwan-haiwan yang sangat comel, menggoda dan menyakitkan hati

Sekitar Jeti Anjung Batu, Umbai

Rate di Jeti Anjung Batu nak ke Pulau Besar

Actually kami tak sampai pun Pulau Besar, sebab pegi dah lewat, ingat nak ambik feri kol 5 balik kol 7, macam tak berbaloi pulak kejap sangat. Rugi parking RM 5.00. Lagipun kami pegi weekday, orang pun tak ramai, cam tak best la jugak kan. Tapi, kitorang sempat tanya akak kat kaunter tu as if la kitaorang nak camping kat sana, feedbacak, macam best, selamat, kemah boleh sewa. InsyaAllah, da rezeki nak camping kat sana. Yippie!

Ps: Request kat Adi nak pergi bercuti lagi. Adi cakap, kumpul duit! Zipppp!!

radie

List To Do:

220911 2134

Assalamualaikum.

Hari ni hari Khamis, Isnin minggu depan saya, Radie, akan berjumpa Adi. Terbang sampai LCCT dari Kuching, harap-harap Adi boleh ambik (komitmen kerja Adi menyukarkan keadaan). Sebelum pergi sana ada beberapa perkara yang saya perlu selesaikan, semuanya mengenai ruang ini.

  1. Tukar theme (lebih simple, mudah untuk baca)
  2. List categories (biar lebih kemas)
  3. Tukar tajuk blog, widget, tagline. (ruang ni dah jadi milik berdua)
  4. Edit profile (pun sebab ruang dah jadi milik berdua)
  5. Follow blog & list blog (yang mana sebelum ni Radie selalu jadi silent reader)
  6. Delete previous writin (yang ntah pa)
  7. Adjust masa (perasan tarikh publish writing  tak sama dengan tarikh sebenar)
  8. Belajar macam mana nak tempek gambar! (sumpah blur wordpress baru)
  9. Deactivate facebook (in consideration)
  10. Buat semua di atas (duhh!!)

Ok, selamat bertemu kembali. Selamat malam!

radie