Adventure: Broga Hill, Semenyih

Assalamualaikum dan selamat malam.

Malam ni saya nak flashback salah satu aktiviti yanag saya pernah buat dengan rakan-rakan sepengajian. (peh, skema ayat haha). Actually dah lama dah kisah ni tapi almaklumlah dulu-dulu malas menulis. Ok, lets start. Agaknya Broga Hill ni dah makin glemer sekarang. Masa first time saya pegi takdela glemer sangat, pegi dengan kakak, kawan-kawan kakak and yang tak ketinggalan, haruslah ada encik Adi. Untuk yang bercinta di luar sana, kalau rasa dah bosan dating buat benda yang tipikak, apa kata ajak gf/bf dating atas bukit. Sambil sihatkan badan sambil spend a good quality time. Trust me, sangat worth it and extraordinary.

Ok, sambung cerita. Kami pegi hiking Broga Hill ni pada 29/10/2010, atas cadangan saya sendiri dan Botak yang pernah pegi. Sebenarnya kami ajak semua rakan-rakan satu kos tapi memandangkan ramai yang ada komitmen lain (aka memang tak sporting pun). Kami semua seramai 22 orang berkumpul di kedai mamak Sahara Inn (siapa dok Tanjung Malim memang kenall sangat mamak ni). Plan bertolak jam 2.30 pagi, jadi terpulang kepada masing-masing nak datang awal kalau nk sarapan ke ape. Seperti biasa janji Melayu 2.30 bertolak, alih-alih kol 3.00 baru gerak. Tapi xpe, kami still sampai on time coz memang semua peracangan diawalkan 30 minit ke 1 jam lebih awal dari masa sebenar. Janji Melayu kan. Haha. Berangat menggunakan 3 buah kenderaan:

Kancil : ain sidi (owner), ili, ana, yati n zati
Viva : ain (owner), lina, naza, liza
Estima : k.husna (owner), muiz (adik k.husna), arix, daus, peah, ziha, nadiey, zila
Iswara : zahid (owner), botak, fara@radie, aishah, waniey

Sampai lebih kurang jam 5.30 pagi, dengan harapan sampai puncak kami dapat tengok sunrise. Tak sampai 5 minit keluar kereta…pap pap pap pap shuhhhhhh. Hujan pulak daa….agak-agak memang dah spoil mood dah time tu. Masing-masing dalam hati semua nak masuk kereta balik, tiba-tiba leader kami, Botak bagi arahan siap sedia. Pehhhh, Botak ni kalau dah bercakap takda siapa pun berani nak lawan. Bukan maksud kami tak berani, lebih kepada hormat sebenarnya. Hehe. Nak tak nak, kami teruskan dalam kegelapan, saya pulak tak bawak torch light. Dahla hujan lebat, gelap gelita, dah hujan haruslah tanah becak..mak aihhhh.

Botak sebagai leader kat hadapan, Zahid kat belakang sebagai sweaper. Saya antara yang di belakang dengan Zahid. Password kami ayam batu. So lepas ni andai kata sapa da tanya password, lain dijawabnya, alamatnya tu bukan kawan kami…makkkkkkkk. Mintak jauh. Amin. Rasa-rasanya dalam 5-10 minit pendakian, Ili nak pitam!. Aduh!. Tuhan je tahu perasaan kitorang time tu nak giveup. Alhamdulillah lepas stop kejap, urut-urut ape sume kami teruskan pandakian. And guess what, Alhamdulillah! Kami berjaya sampai puncak Broga Hill. Yeayyyy!!!!!!!!! Tapi yang tak bestnya kami sampai tak nampak pun sunrise sebab lepas hujan, sampi puncak pun hujan rintis-rintis..Tapi takpe, kami tetap puas hati dan bersyukur sampai puncak. Lepak-lepak, hilangkan penat, ambik nafas segar, tinggalkan sekejap segala masalah..Alhamdulillah, syukur pada Sang Khaliq. Sebelum terlupa, enjoy gambar dulu. Hihi.

Jam 3.00 pagi, kami bersedia untuk memulakan perjalanan

Antara snapshot kami. Otw balik semua masing-masing kelaparan, punya banyak tempat kami pusing end up makan kat restoren entah tak ingat nama kat area Semenyih jugaklah. Kenyang perut kami bertolak balik, Alhamdulillah sebelum solat Jumaat kami tiba di Tanjong Malim. Sekian saja untuk kali ini. Selamat malam!

ps: gambar not in order & xda caption, nanti update lagi nak tegokn maharaja lawak lu. hehe.

 

 

About Radie & Adi

Penulis, Radie gadis dari Sarawak & Adi jejaka dari Semenanjung. Minat dalam aktiviti sukan lasak, aktiviti makan-makan, bergusti sesama sendiri, menerokai serta menjelajah ke tempa baru penuh semula jadi yang belum dijamah pembangunan serta melihat dan cuba menilai segenap sudut budaya di serata negeri mengikut pandangan peribadi serta perspektif kami sendiri. Melalui penulisan yang dapat adi n radi nukil kan diharap dapat memberi sedikit informasi dan maklumat berguna tentang tempat tempat makan menarik di malaysia ataupun kepada yang sukakan ketenangan dan aktiviti yang dapat lari sejenak dari hiruk pikuk kota,kami juga ada menyediakan pandangan dan pengalaman kami setelah kami telah melalui semua pengalaman dan keterujaan berikut.. berharap dengan

Posted on Friday, November 11, 2011, in JJCM. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: