About Radie & Adi

Penulis, Radie gadis dari Sarawak & Adi jejaka dari Semenanjung. Minat dalam aktiviti sukan lasak, aktiviti makan-makan, bergusti sesama sendiri, menerokai serta menjelajah ke tempat baru penuh semula jadi yang belum dijamah pembangunan serta melihat dan cuba menilai segenap sudut budaya di serata negeri mengikut pandangan peribadi serta perspektif kami sendiri.

Melalui penulisan yang dapat Radie dan Adi nukilkan diharap dapat memberi sedikit informasi dan maklumat berguna tentang tempat makan menarik di Malaysia ataupun kepada yang sukakan ketenangan dan aktiviti yang dapat lari sejenak dari hiruk pikuk kota, kami juga ada menyediakan pandangan dan pengalaman setelah kami lalui semua pengalaman dan keterujaan berikut.. Kami berharap melalui ruang ini dapat sedikit sebanyak membantu kalian semua. 

Selamat membaca. 

%d bloggers like this: